
Well pagi tadi Apple dah buat satu event yang perkenalkan produk terbaru mereka, walaupun aku tak tunggu tengok event tersebut secara live, tapi aku menggunakan sumber beberapa blog Apple-fan untuk dapat maklumat. Dan ini adalah perkara yang buatkan aku kata “ohh! hurmmmmm… not baddd…”.
Pertama sekali, iPod Touch. Inilah produk yang buat aku kata “wow!” dengan apa yang ditunjukkan. Kali ini dengan Retina Display (http://gizmo.do/cqLbau), lebih slim dari model-model lama, ada kamera depan belakang, boleh buat Facetime (http://gizmo.do/arnLyA) dengan model iPod Touch, bateri yang mampu tahan selama 40 jam, A4 chip (http://bit.ly/cNXNc1), dan terdapat 3 jenis model saiz hardisk iaitu 8GB ($229 = RM717), 32GB ($299 = RM936), dan 64GB ($399 = RM1,250).
Kedua adalah iPod Nano, walaupun aku memang tak suka dengan produk nih (sebab terlalu kecil), tapi aku masih kata update version dia agak okay la dari sebelumnya. Kalau korang nak tau apa features yang best dalam model baru nih, check out link ini: (theAppleBlog http://bit.ly/a8GG6w) dan (TUAW http://bit.ly/bDOEM1). Harganya pula adalah 8GB ($149 = RM467) dan 16GB ($179 = RM560).
iTunes 10. Mereka perkenalkan satu konsep baru dalam iTunes mereka kali ni, iaitu Ping. Ping adalah lebih kurang maksud dia kepada servis social networking, macam Facebook dan Twitter, kira.. iTunes kali ni lebih social, kerana itu pelan mereka untuk masa hadapan iTunes. Of course, korang boleh integrate kan dengan iPod Touch, iPod Nano, iPad dan iPhone korang. Walaupun aku takde model mobile Apple buat masa ni (4 produk yang aku mention before), tapi ia nampak promising. Seterusnya adalah UI, ada peningkatan yang banyak dalam versi baru nih, secara jujurnya ketika aku buat blog-post nih aku masih belum install versi yang baru, tapi aku akan cuba bila balik rumah nanti. Ada sesiapa nak Ping dengan aku?
Download iTunes 10 anda disini: http://www.apple.com/itunes/download/
Tapi yang betul-betul menarik perhatian aku sebagai gamer adalah berita ini:
Steve Jobs also invited a few gentlemen from Epic Games onstage to show off “Project Sword,” a gorgeous title running in the Unreal Engine inside iOS. It’s an action RPG title that’s coming soon with full Game Center integration, and the demo featured practically instant multiplayer fighting from a third-person perspective, as well as first-person world exploration. Seriously, this thing looked great, but you don’t have to take my word for it — Epic has already uploaded the very same environment shown in the demo as a free app, so go download and check it out now. It does require an iPhone 3GS or better, but man that’s a good looking game. – Sumber: http://bit.ly/91cXIb
Mereka kerjasama dengan game company? Oh wow.. yeah! Tapi mampu challenge apa yang Windows OS boleh deliver? More game titles? More system features? Kenelah tunggu bila mereka announce versi baru iOS tuh nanti. iOS 4,1 dalam beberapa minggu hadapan lagi, dan iOS 4.2 November nanti. Beza 0.1 pun boleh ambik masa yang lama yer?
Aku tau ada banyak lagi yang aku tak sentuh, Apple TV all that, tapi seperti yang tulis dalam title blog-post nih, “apa yang aku minat sahaja”, yang lain tuh agak kurang berminat sangat. So sorry…
Tapi aku rasa korang boleh carik info tuh dalam blog Apple lain, pandai kan mencarik? Bagus..
Cadangan bacaan: Everything Apple Announced Today In One Handy List – The Next Web
Sumber Imej: acaben – Flickr (http://bit.ly/9OfihM)
Pingback: Tweets that mention Berita Yang Aku Minat Dari Apple Harini | ShamHardy.com -- Topsy.com