Sehari Bersama Honda Freed

Pada 31 July yang lepas (yer aku tau blog-post aku ni keluar terlampau lambat), Advertlets bersama Honda telah bersama di dalam sebuah event untuk mencuba model kereta terbaru dari mereka iaitu Honda Freed, bersama-sama dengan 32 blogger yang lain.

Bersama-sama dengan kami juga pada ketika itu adalah Paul Tan, seorang blogger automotive yang terkenal di Malaysia, dan Harvinder Singh Sidhu bersama berkongsi pendapat mereka tentang model terbaru Honda ini iaitu Honda Freed.

Perjalanan bermula dari Soul’ed Out di Desa Sri Hartamas hinggalah ke Putrajaya Waterpark dan kembali semula ke tempat asal kami yang sejauh 80KM, dimana setiap bloggers di minta untuk memandu kenderaan tersebut dalam lebih kurang 20KM untuk setiap destinasi.

Dan aku telah memandu untuk sesi yang terakhir tersebut ketika bermula dari hentian R&R (forgot the name) ke Soul’ed Out cafe semula.

Tahniah kepada semua pemenang-pemenang..

Update: Saya telah jumpa video berkenaan event tersebut yang di upload oleh Jason Ong dari Advertlets.


Ia merupakan sebuah pengalaman yang menarik kepada aku kerana pemanduannya sungguh smooth dan mudah beserta dengan pelbagai feature yang ada pada Honda Freed tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila layari Honda Malaysia di http://www.honda.com.my atau site Honda Freed sendiri iaitu http://www.honda.com.my/freed/overview/

Untuk melihat lebih banyak photo yang telah aku upload, sila pergi ke bahagian album Facebook aku melalui link ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=196001&id=620124681