
So.. petang tadi aku dah pergi tengok filem ni di panggung MBO terdekat disini (Terminal 2, Seremban). Dan filem ini sebernanya dah lama aku nantikan, tak silap.. dalam tahun lepas rasanya. Time tuh kalau ko tengok trailer dia, dengan Kraken yang muncul, ko cakap “perghhhhhhhhhhhh!!!” gila syiak!! Memang Titan habis nih! (peminat God of War sebernanya).
Okay.. tu pembuka kata aku yang agak biasa, kini bab aku nak komen tulus dari hati ini. (SPOILER! Jangan baca bermula dari pernyataan ini hingga kebawah kalau anda tak mahu aku rosakkan mood korang nak pergi wayang nanti, jangan cakap aku tak bagi warning awal!!).
Terus terang aku kata, cerita dia biasa sahaja, biasa-biasa sahaja. Kalau Kratos (watak utama God of War) tu tengok filem ni, konfirm dia akan kata yang filem ini seolah-olah menceritakan sejarah greek mythology, dalam versi Cinderella) dan terkentut di akhir cerita.
Suit God mereka, fantastic! Hades? awesome! CGI? Mantap.. memang kata orang tuh, titan scale punya epic. ITU sahaja yang pros tentang filem ni (biar betol?), iyerrrr.. betol…
Okay skang part kontra, ermmmmmm.. storyline memang biasa.. macam.. takde something yang aku boleh banggakan. Mungkin kerana aku terlalu banyak tengok filem-filem greek mythology sebelum ni, so aku tak nampak apa kelainan dengan this one, yerla.. sebab ini filem, suppose jadi lebih lagi epic dari lain-lain. Lagipun nama pun Clash of The Titans yer tak? Faham?
Kraken.. aku sungguh kecewa, masa Hades memberitahu kepada Zeus untuk mengeluarkan Krakennya bagi tujuan memusnahkan bandar tersebut, aku mengharapkan ianya akan jadi sungguh epic nanti bila dah sampai part Kraken keluar, tapi.. *meehhhh! Kejap je dah kalahkan?
Intro bukan main hebat masa Kraken menuju ke bandar, macam Godzilla pun ada, sekali baru nak telan, Perseus tunjukkan kepala Medusa, Kraken pun terus berubah jadi batu. That’s it? WOW! Aku mengharapkan akan macam.. lawan sikit-sikit sana, lawan sikit-sikit sini, and then baling pedang ke hati Kraken, lalu mati. Hero menang, yeah! Tapi.. sebaliknya. *huh frust! Menonggeng bukan main aku.
Bila ingat Kraken tu aku teringat wrestling, yela.. masa ahli wrestler menuju ke gelanggang dia punya fireworks, lagu, montage semua menarik, tapi bila masuk je gelanggang, belum buat apa-apa pun lagi, pihak lawan dah amik kerusi and hentak kepada wrestler nak masuk tadi. Terus pengsan, dan terus tak sedarkan diri. Ha! macam tu la Kraken dalam movie tuh aku rasa.
Lagu? pleeeeeeeease la amik composer yang mahal sikit, aku rasa cam lagu tak kena dengan scene la banyak kali. FAIL!
Apa lagi? Emmmmm.. tak cukup darah? Banyak-banyak darah? Keganasan tak terlalu terlampau? Haha.. yer.. sakit kan aku ni? Sebab.. sejak akhir-akhir ni kan banyak filem dan games (300, God of War) yang relate dengan Greek Mythology ganas-ganas. So.. bila takde ganas dan darah-darah banyak maksudnya.. tak best ah. Macam.. memandu kereta tapi takde radio. Lebih kurang…. camtulah!
So.. rating aku beri, 3.5/5, aku mengharapkan akan ada director hebat masuk untuk buat filem God Of War nanti. Untuk Clash of The Titans, boleh laa.. aku tau akan ada trilogi nya nanti, tapi aku tak expect akan jadi sungguh menarik pun nanti (harap-harap aku silap!).
Good luck!! Kepada yang mahu menontonnya!

kesimpulannya, jangan gi tengok kat wayang. ahaha~
bahaya ko nih… marah wafiq kalau tau..
haha kamu penyelamat duit RM8…
sedutt je la nnt…
haha .. sapa yg layan God Of War memang bila tengok greek myth based akan rasa bosan! God of War the best. Kalo pengarah yg nak buat filem tu mesti kena power!
Samuel L. Jackson .. can u direct God of War film?
menyesal aku tulis..
Samuel L Jackson? aku nak 300 director! takpun James.. Cameron?
haha…
tp trailer punye cambest…
mmg kene lagu ngan trailer..
syg gila nak tgk muvie die dari laptop je.
Kalau yg dah tengok muvi Percy Jackson mesti cakap Clash of the titans ni boring gila.haha!
Hey Sham,
Gua mmg digg your kick@ss site. Keep it up yo!
Bebudak dekat opis aku (Jankz.com) pun think that Clash of the Titans could have been much, much better using the original scenes they shot in 2009.
Unfortunately those scenes ALL got cut.
U wanna know why? Here's the REAL reason why the movie sucks so much:
http://www.jankz.com/index.php/news/the-clash-o…
Adios!