Salam Aidiladha 1430
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut hari raya Aidiladha, especially mereka-mereka yang kini berada di tanah suci Mekah. Yang pastinya mesti ramai yang mungkin dah pun pulang ke kampung, ada yang sedang pulang sekarang, dan ada yang mungkin sedang merancang pulang setelah balik dari kerja petang nanti (that’s me!), walaupun apa pun, semoga anda berhati-hati di jalanraya. Dan bawak rilek-rilek saja la kerana dah memang menjadi adat dalam setiap perayaan akan berlaku kesesakan yang panjang, especially di jalan-jalan kampung.
So untuk raya Aidiladha pertama aku bergelar suami ini, aku akan pulang ke rumah bapak mertua aku di Pasir Gudang, Johor Bahru. Kerana pada hari Sabtu seterusnya akan berlangsung pula pertunangan sepupu aku di Kempas, and then baru la aku ke rumah ayahanda dan ibunda beta pula di Muar, Johor. Perghhh penat sehhhh..
Anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha, dan berhati-hatilah ketika ke destinasi anda masing-masing.
Image Source: ©Shaza79 [Flickr]
Comments
-
inertz






















