Updated: Terima Kasih The Edge

logo Mungkin bagi some glamorous blogger, benda ni bukanlah dilihat sebagai satu pencapaian yang besar, tapi bagi aku yang always consider beretika sebagai ‘down-to-earth’ blogger, quote dari sebuah blogpost aku yang bertajuk “Yasmin Ahmad Masih Lagi OK“, telah menjadi sebagai salah satu isi dalam tajuk berita dalam The Edge bertajuk “Stop. Think. Then Twitter.” semalam.

Blogger Sham Hardy found the whole incident rather funny considering it had a happy ending. Amid many LOLs, he poked fun at the government saying “Tu laa.. suruh buat PPSMI taknak, pastu bila jadi macam ni baru nampak betapa lemahnya penguasaan english seseorang [sic].”

Man! I am greatly appreciate with you guys work, always be a big fan for The Edge, and to Azalea Joy Lee, terima kasih, terima kasih yang jutaan kerana menghargai tulisan saya dalam blogpost tersebut. Thank you! Don’t forget to show me who you are in Twitter, maybe i can buy you drink later. :P

Dan bagi sambungan quote tersebut, it doesn’t matter ianya nak dipanggil sebagai PPSMI or not, tapi mesej yang aku cuba sampaikan adalah.

Belajarlah selagi mana anda termampu, kerana ilmu di dunia ini tidak pernah putus, tak kisahlah samada ianya bahasa english ke, matematik ke, geografi ke, sejarah ke, sains ke, belajarlah.. belajarlah selagi kaki anda mampu untuk bergerak, tangan masih lagi mampu untuk mengangkat, minda masih cergas, kesihatan masih lagi baik, dan nyawa anda masih lagi dianggap panjang lagi walaupun tiada siapa dapat menduga bila nyawa kita akan dikembalikan kepada pemiliknya yang sa.

Belajarlah di mana sahaja, England, Jepun, German, U.S., U.K., Arab Saudi, Afrika, ataupun China, belajarlah.. biarpun banyak manapun aku ungkapkan ayat ini, aku sayang kamu-kamu semua, so.. buatlah sesuatu. Dan ini.. bukan setakat aku tuju pada bangsa aku sahaja.

Jangan sekatkan mana-mana ilmu yang mungkin boleh membantutkan pembangunan generasi masa depan, walaupun kelihatan lembab atau pun menurun dari statistik hari ini, namun aku pasti, suatu hari.. akan ketemui juga sinarnya nanti. Lagipun.. ianya adalah suatu yang disuruh dalam agama kan? Betul tak?

Oh by the way, thanks to @iwani for reminding me this

hahaha! that remark u made about PPSMI is spot on!! http://tinyurl.com/mw7nnq