Sambutan Hari Bumi Sedunia Pada 22 April

earthdayHari bumi sedunia akan kembali dalam beberapa hari sahaja lagi, sebuah sambutan bagi mengingatkan betapa pentingnya kita sebagai manusia sejagat menjaga alam sekitar dari pencemaran dan kerosakan. Pelbagai program akan dilaksanakan sepanjang hari tersebut, antaranya adalah mengurangkan pembuangan sisa toksik, recycle, menanam pokok, dan mempromosikan lebih lagi kesedaran tersebut kepada orang ramai. Dan sudah pastinya website seperti Facebook, Twitter dan YouTube akan digunakan bagi menjalankan kempen itu.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=1yu2tloQ8xw[/youtube]Diharap anda yang membaca akan turut sama meneruskan kempen ini dengan membuat blogpost khas bagi acara bersejarah ini, ataupun menggunakan Facebook dan Twitter untuk sebarkan mesej positif ini kepada semua friends serta followers anda nanti. Semoga tujuan hari bumi sedunia diadakan akan mencapai matlamatnya. Terima kasih.

One thought on “Sambutan Hari Bumi Sedunia Pada 22 April

Comments are closed.