
Filem Watchmen akan datang merupakan filem yang dihasilkan daripada DC Comics yang terkenal dengan watak Batman dan Superman. Filem tersebut mungkin merupakan satu lagi cubaan DC Comics yang sebelum ini telah berjaya dengan filem Dark Knight yang telah memenangi Oscar bagi mendiang Heath Ledger sebagai best supporting actor serta kutipan sehingga billion dollar untuk filem itu sahaja. Walhal kita sedia maklum bahawa filem-filem Batman sebelum ini tidak pernah mendapat nasib yang baik berbanding filem yang baru ini, tapi pada anggapan aku, filem Batman Returns (1994) antara yang kedua terbaik berbanding filem Batman seterusnya yang kelihatan seperti filem kebudak-budakan sahaja. Mungkin silap pemilihan pada director? Mungkin? Namun kita cuba pergi kepada Marvel pula.
Marvel telah banyak membawa watak komik mereka ke panggung wayang, nama seperti Spiderman, Ghost Rider, X-Men, Iron Man, Hulk dan sebagainya telah meletakkan nama Marvel sebagai pengeluar filem berdasarkan komik paling glamour dan paling top berbanding DC Comics. Namun, adakah trend itu akan berterusan sepanjang masa? Jika dilihat pada filem dari komik Marvel akan datang memang hebat title mereka akan keluarkan. Nama seperti The Avenger, Thor, Wolverine dan Captain America, membuktikan bahawa Marvel masih lagi ingin meneruskan penguasaan takhta tersebut.
Walaupun Marvel banyak mengeluarkan filem mereka, namun dari segi reputasi filem keluaran mereka, Marvel tidaklah sangat mendapat rating yang bagus dari para penonton mereka, even mereka pun tidak mendapat Oscar seperti DC Comics dapat untuk sebarang filem mereka, cuma Spiderman sahaja yang dilihat lebih menonjol dan menguntungkan berbanding yang lain, tahniah kepada arahan Sam Raimi. Tapi pendapat saya, sepatutnya Marvel patut menumpukan pada filem X-Men mereka itu sebernanya, kerana kalau diikutkan, memang X-Men la yang sebernanya menaikkan Marvel selama ini, dan filem itu juga seolah seperti tidak siap dan tidak sampai penghujungnya. Kemana Mr Sinister? Apocalypse? Burung api Dark Phoenix? Omega Red? Banyak lagi character yang mereka tidak tunjukkan.

Dari trailer filem Wolverine yang baru akan dikeluarkan tahun ini, kelihatan seperti mereka banyak menampilkan watak baru seperti Gambit dan sebagainya. Marvel seperti menyimpan banyak wataknya untuk filem akan datang, dan mungkin Marvel telah pun merangka perancangan untuk title filem yang lebih hebat dalam 3-4 tahun akan datang. Kerana pada filem Hulk yang kedua lepas pun Marvel telah munculkan watak Iron Man pada penghujungnya. Iron Man pula telah munculkan watak Nick Fury yang negro dalam penghujung cerita juga. Ia seperti satu trend baru Marvel dalam membuat penonton tidak mahu melepaskan setiap filem keluaran mereka. Strategi yang bagus dari trend chain story nih. Aku berpendapat ia satu langkah yang bijak untuk membuat penonton ternanti apa akan jadi kepada character itu seterusnya. Tapi ia tidak sampai itu sahaja.
Dalam filem The Avengers nanti yang akan muncul, watak Ant-Man, Wasp, Iron Man, Thor akan muncul. Dan Hulk pula menjadi bad guy pula? Hurmmm.. Yang pasti, Trend story tersebut seperti akan bersatu kepada filem The Avenger itu nanti. Adakah filem The Avengers itulah yang Marvel telah simpan sekian lamanya? DC Comics patut tahu tentang itu, dan sebab itulah director Watchmen telah meletakkan segala effortnya untuk memastikan filem ini menarik dan berjaya membuat kutipan tertinggi. Kerana jika Marvel tersilap langkah dalam filem mereka seterusnya, DC Comics akan mengambil peluang ini untuk merentap balik takhta penguasaan itu. Itupun sekiranya DC Comics ada planning mereka akan datang, saya berharap mereka patut ada, kerana bagi penggemar komik dan filem seperti kami memang menantikan apa yang menarik muncul dalam filem. Jika bagus kami ceritakan, jika tidak kami simpankan sahaja dalam hardisk. He he he.. So, in the end of the day, andalah sendiri yang patut menilainya, mana satu anda suka?
Kita jumpa lagi dalam Sembang Geek ini akan, Salam mesra~!