Facebook: My Story

Facebook LogoBlog post ini bukan bertujuan untuk promosi sesiapa, just nak ceritakan pengalaman menarik aku dengan Facebook sahaja. Mana taknya, rasanya dalam sehari aku dah spend more than 8 hours dengan social site nih, kenapa? Kepelbagaian. Korang boleh buat apa saja dalamnya, pedulikkanlah apa orang lain cerita yang Tagged best la, Friendster ramai kawan sekolah dulu la, MySpace banyak awek la, aku tetap dengan pilihan mengatakan Facebook adalah yang terbaik dari semua.

Even members yang join kebanyakannya dalam Facebook adalah mereka yang kiranya dari ayat kasar; tak berotak. Serius, mostly yang ada sini pendek kata berotak la, ko tak perlu risau sangat dengan manusia yang teenage dirtbag ker, whore ker, poser tu semua. Mostly full educated and have great jobs, tapi.. nak kata fully kosong takde manusia yang durjana tu bohong sangat la, ada tu tetap ada, tapi in other situation la kebanyakannya. U know.. orang yang terlalu perjuangkan anti-homophobia. La la la la..

Salah satu lagi benda yang wujud dalam Facebook adalah news feed kat front page profile, dari situlah kita boleh follow-up apa yang rakan lain kita buat, status update diorang, apa diorang join apa diorang bualkan, tapi rasanya dalam kisah news feed nih, status update la perkara yang common orang akan comment dan suka tau dengan friends masing-masing, ia semacam twitter, mungkin kalau Facebook developers manage lebih lagi, ia lebih baik daripada Twitter. Rasanya developers Facebook ada plan untuk kill Twitter tuh, takkan Facebook nak biar social site lain dominate mini-blogging scene. Hurmmm..

Dan sebab utama yang menjadi jawapan kepada persoalan kenapa aku sukakan Facebook adalah applications yang ada dalamnya, i mean.. just say anything, games, utilities, business stuffs, photos, semuanya ada. Itulah kekuatan Facebook dari dahulu sebernanya, dan itulah benda yang aku habiskan selama 8 jam everyday mengadap application game yang aku ada untuk update all the time, haha.. memang melekakan. Dan dari kejayaan Facebook itulah, social site lain seperti MySpace, Bebo, dan Friendster cuba implement benda yang sama dalam site masing-masing. Tapi dalam senarai itu cuma MySpace sahaja yang dikira mampu untuk bersaing dengan Facebook. Tapi tak mengapa, we will always stay here in Facebook, no matter what.

So, begitulah kisah seronoknya apa yang ada dalam Facebook, dahulu ramai kenalan dan mereka yang dekat aku berkata yang Friendster mereka jauh lebih baik daripada Facebook, kini.. mereka itulah yang promoting Facebook dengan yang lain. Dan pioneer dalam promotion tuh is none other than…… me! LMAO!

See ya!