
Super Swarm badge adalah salah satu badge yang anda boleh unlock jika anda dan 249 rakan anda (250 semuanya) lain check-in di satu tempat dalam masa yang sama untuk mendapatkannya. Ia bukan mudah, kerana ini memerlukan kerjasama dari semua Foursquare users untuk turun dan melakukan serentak menekan butang check-in. Bunyi ‘macam’ mudah? Tapi nak mengajak tu yang susah.
Tapi aku ada cadangan…
Apa kata kita set gather place masa tayangan filem? Kita pilih tajuk filem yang agak geeky sikit, sebab Foursquare ni sebernanya adalah something yang geek like to-do right? No? Move along.. Okay so, kita ambil jenis filem yang sesuai dengan tuh, Scott Pilgrim vs. The World? Atau Tron: Legacy?
Scott Pilgrim vs. The World ditayangkan November nih, dan Tron: Legacy pada Disember, masih jauh lagi masa, kita boleh set plan dan think about how to attract people (Foursquare users) come together to watch the movie dan unlock that badge as the same time?
Tempat yang aku cadangkan adalah di GSC Mid Valley, pasal ada banyak panggung disana, dan besar, lagipun ianya di dalam shopping complex. Nak kesana pun mudah, ada pengangkutan bas dan komuter. Semua orang rasanya tak susah nak kesana, kecuali jalannya yang agak sibuk pada peak hours.
Lagi satu cadangan adalah kita propose untuk dapatkan sponsor daripada distributor company filem-filem ini:
Scott Pilgrim vs. the World – Universal Pictures
Tron: Legacy – Walt Disney Pictures
Dan masing-masing Universal Pictures dan Walt Disney ada pejabat mereka di Malaysia:
United International Pictures
C-27-03, 3 Two Square,
2 Jalan 19/1,
46300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel: +603-7955 9923
Fax: +603-7955 9972
Email: contact@uip.com.my
Website: http://www.uip.com.my/
Walt Disney Studios Motion Pictures (Malaysia)
Petaling Jaya, Malaysia
Tel: 03-77102323
Okay, Super Swarm badge memerlukan 250 people, aku tak pasti berapa ramai satu panggung boleh tampung, so kita mungkin separate into-half, means, 125 kat panggung A, dan 125 kat panggung B, that way everyone can watch the movie at the same time. So, lepas habis filem tersebut kita boleh gather reramai, take pictures, dan bersurai, atau maybe nak kumpul di tempat lain? Terpulang pada diri masing-masing.
That’s how i plan. Not sure bout you guys. Maybe nak tambah-tambah sikit acara? Just want to make sure everyone’s happy lagi. Tapi jangan la sesuatu yang memenatkan, tak mau la bau busuk-busuk ketiak.
Mengapa perlu Super Swarm badge?
Menurut Penn Olson:
This new badge has provided businesses with another reason to gather fans and followers together. It is a win-win situation for both parties. We get to unlock the badge and enjoy the event, while businesses get to engage with potential customers. – http://bit.ly/aVoA3m
Lagipun negara ‘jiran’ kita iaitu Indonesia telah mempunyai 3 kali Super Swarm event mereka (menurut sumber About Foursquare):
Festival Jajanan Bango 2010 – Jul 3, 2010
Monumen Tragedi 12 Mei – May 12, 2010
blitzmegaplex – Grand Indonesia (Iron Man 2 Screening) – May 3, 2010
Tapi aku dapat bau mereka ni ada yang tipu, cuba lihat badge mamat sorang ni dapat (http://4sq.com/cDbHR3) seriously? takde check-in kat mana-mana tempat kat U.S. and suddenly dapat join party bersama @naveen (Co-founder Foursquare)? I smell RAT!
Tapi kita masih belum lagi ada satu pun di Malaysia, itu amatlah tak boleh diterima. Bukan sebab dengki, tapi.. kerana semangat Malaysia Boleh! Are you with me Malaysian!!!
Kepada @4sqkl, @lightyoruichi, @davidlian, @Bennimaru, @icednyior, @thechannelc dan @mikecampton. Kita perlu Super Swarm Badge di Malaysia. Sila ambil perhatian!
P/S: Aku suka bekerjasama, kalau aku tamak aku takkan buat blog-post ni.
Posted from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia..





















